Home » Citra Yadim » Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024

Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024

PENGISIAN Untuk para peserta Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024 diteruskan dengan perkongsian ilmiah bertajuk ‘Kepimpinan Muda Memacu Perubahan’ yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Tuan Muhammad Faisal Abdul Aziz.
Pengisian pada hari kedua konvensyen dalam sesi ‘BOD (Build Our Dream) – Student Leaders Great Again’ ini bertujuan mencungkil bakat dan kemahiran merancang aktiviti secara berpasukan.
Antara tugasan yang diberikan menyaksikan peserta diberikan satu tema bagi setiap kumpulan dan mereka dikehendaki mengupas isu-isu semasa. Peserta juga akan mencadangkan projek berimpak tinggi berdasarkan tajuk yang diberikan.
Sesi ini bermula pada sesi petang secara Latihan Dalam Kumpulan (LDK) sebelum mereka membentang hasil perbincangan pada sesi malam.
Panel juri terdiri daripada barisan pegawai Bahagian Kepimpinan Muda KEMUDA YADIM iaitu Ustaz Faiz Safwan, Ustaz Farisul Islam, Ustazah Anis Razani dan Ustazah Anis Zurain.
Turut hadir bersama ialah Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner dan Pengarah Kepimpinan Muda, Encik Shahrizal Mat.
Sesi ini ialah sebahagian pengisian Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mac.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *