Home » Citra Yadim » Kem Kenegaraan Madani mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)

Kem Kenegaraan Madani mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)

KEM Kenegaraan Madani melibatkan mahasiswa mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 1-2 Mac telah dihadiri seramai 68 orang penuntut universiti berkenaan.
Dianjurkan oleh YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Sosial UIAM, ia bertujuan menajamkan lagi kefahaman Aspirasi Malaysia Madani dalam kalangan mahasiswa.
Program yang dijalankan di Institut Latihan Dakwah YADIM ini bermula dengan Slot Motivasi Kenegaraan Madani: ‘Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan dan Jaminan Hak Agama-Agama Lain’ oleh Dr. Zulkarnain Luqman, merupakan seorang peguambela dan peguam syarie.
Manakala, slot kedua iaitu Bicara Madani: ‘Perpaduan dan Adab Perbezaan Pandangan Asas Keharmonian Negara Bangsa’ telah disampaikan oleh Ustaz Abd. Razak Aripin, Pengarah Pusat Islam Universiti Selangor.
Selain itu, telah dijalankan juga aktiviti Latihan Dalam Kumpulan sepanjang program dengan kerjasama fasilitator Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PEERS) UIAM.
Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah Pusat Islam UIAM, Prof. Madya Dr. Zahid Zamri dan Penolong Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *