Home » Citra Yadim » Forum Tokoh Siswa dengan tema ‘Gelombang Perubahan Siswa Era Malaysia Madani’

Forum Tokoh Siswa dengan tema ‘Gelombang Perubahan Siswa Era Malaysia Madani’

SESI Forum Tokoh Siswa dengan tema ‘Gelombang Perubahan Siswa Era Malaysia Madani’ telah menampilkan barisan panelis berkaliber dalam Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024 pada 2 Mac.
Panel pertama merupakan Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, Tuan Muhammad Kamil Abdul Mun’im, manakala barisan panel kedua dan ketiga pula adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ustazah Dr Fatimah Syarha Noordin dan Dr Johari Yap Abdullah.
Kupasan forum ini banyak menyentuh tentang isu-isu semasa yang berlegar dikalangan mahasiswa dan mahasiswi hari ini.
Turut sama dikongsikan resepi kejayaan sebuah negara maju yang menekankan kepentingan perpaduan dan kesejahteraan sesebuah negara seperti negara Madinah Al-Munawwarah yang dibangunkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ.
Forum ini ialah sebahagian pengisian Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mac.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *