Home » Citra Yadim » Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024 peringkat Kebangsaan

Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024 peringkat Kebangsaan

KONVENSYEN Madani Rakan Siswa YADIM 2024 peringkat Kebangsaan membuka tirai dengan Slot Ketatanegaraan oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner.
Program ini merupakan persidangan tahunan yang menghimpunkan perwakilan pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) dari seluruh negara.
Konvensyen kali ini di Pusat Belia Antarabangsa Cheras, Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Mac menyaksikan lebih 200 pimpinan RSY bertemu antaranya bagi membincangkan agenda memperkasa pertubuhan tersebut.
Barisan pimpinan RSY kini telah mempunyai struktur di 30 buah institut pengajian tinggi, 27 buah institut pendidikan guru dan 7 buah politeknik.
Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Encik Shahrizal bin Mat.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program melestari gerakan dakwah ini.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *