Home » Langit Terbuka » Kibar Jalur Gemilang, Pamer Semangat Baharu Sempena Bulan Kebangsaan

Kibar Jalur Gemilang, Pamer Semangat Baharu Sempena Bulan Kebangsaan

PUTRAJAYA – Seluruh rakyat Malaysia diseru mempamerkan semangat cintakan negara bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan serta kediaman masing-masing.

Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata semangat patriotik itu wajar ditonjol sesuai dengan kebangkitan semangat rakyat melalui Malaysia baharu pimpinan kerajaan Pakatan Harapan.

“Kita berharap masyarakat akan menzahirkan semangat patriotik mereka dengan membeli sendiri jalur gemilang dan mengibarkannya sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini sebagai tanda, kita kini dalam era baharu dan menyokong pentadbiran kerajaan baharu,” katanya.

Beliau turut berharap premis perniagaan dan pasar raya khususnya akan menyediakan ruang khas untuk menjual barangan bagi sambutan hari tersebut, selain memasang lagu-lagu patriotik dan menghias premis dengan Jalur Gemilang dalam usaha mewujudkan semangat dalam dalam kalangan pengunjung.

Beliau ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pengamal media untuk pencambahan idea bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 di sini hari ini – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1485150

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *