Home » Citra Yadim » Membantu warga miskin dan hadapi masalah kesihatan

Membantu warga miskin dan hadapi masalah kesihatan

KOTA BHARU 19 Jun – Pada 14 Jun lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah mengadakan program Ziarah Prihatin yang menumpukan usaha memberi bantuan kepada warga miskin di sekitar Rantau Panjang.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, program itu mendapat kerjasama daripada Pegawai Pembangunan Islam Rantau Panjang dan disertai oleh ahli-ahli Sukarelawan Al Falah serta sukarelawan dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.

“Program ini memberi tumpuan kepada 30 warga miskin yang mengalamai masalah kesihatan melibatkan beberapa buah kampung di sekiyar Bukit Tuku dan Gual Periuk,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam program Ziarah Kasih itu, para sukarelawan dari Sukarelawan Al-Falah dan doktor pelatih dari USM telah memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk terbabit.

Katanya, penduduk berkenaan bukan sahaja mengalami pelbagai penyakit tetapi juga hidup dalam kemiskinan.

“Selain memberikan rawatan kepada mereka, para sukarelawan juga  turut memberikan khidmat nasihat cara-cara mengambil wuduk dan solat ketika sakit agar mereka dapat terus melakukan ibadat meskipun terlantar sakit.

“Bagi memudahkan mereka memahami kaedah berwuduk dan solat ketika sakit, YADIM juga telah menyediakan pamplet yang boleh menjadi rujukan mereka,’’ katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihak penganjur juga telah menyampaikan hamper berupa barangan keperluan harian kepada para penduduk terbabit bagi meringankan sedikit beban yang  terpaksa mereka hadapi pada bulan puasa serta musim perayaan yang bakal tiba.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *