Home » Langit Terbuka » Tak bersungguh selaras undang-undang takzir, kata Fuziah

Tak bersungguh selaras undang-undang takzir, kata Fuziah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan terdahulu juga sentiasa memberikan alasan bahawa undang-undang takzir di bawah kerajaan negeri

PETALING JAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata kerajaan terdahulu tidak bersungguh-sungguh untuk menyelaraskan undang-undang takzir antara negeri.

Menurutnya, kerajaan terdahulu juga sentiasa memberikan alasan bahawa undang-undang takzir di bawah kerajaan negeri.

“Bidang kuasa itu bawah kerajaan negeri, jadi oleh kerana bidang kuasa itu di bawah kerajaan negeri saya tak boleh buat (apa-apa).

“(Apa yang boleh saya lakukan adalah) menyarankan supaya dibincangkan dalam Persidangan Ketua-ketua Jabatan Agama Islam Negeri mengenai penyelesaian enakmen-enakmen di bawah kebertanggungjawaban kerajaan negeri masing-masing,” katanya ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Kuantan itu berkata beberapa mufti mencadangkan penyelarasan itu dan kerajaan perlu memberi perhatian terhadap peraturan sedia ada yang tidak selaras antara negeri.

Katanya, cadangan penyelarasan itu akan dibawakan oleh beliau semasa persidangan tersebut yang akan berlangsung Sabtu ini, di Labuan.- FreeMalaysiaToday

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *