Home » Langit Terbuka » Waris Mangsa Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah Tuntut Keadilan

Waris Mangsa Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah Tuntut Keadilan

11 waris tubuh Pertama, bela kebajikan mangsa tragedi kebakaran

KUALA LUMPUR – Sebahagian keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, di sini mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman sivil terhadap pemilik pusat tahfiz tersebut dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang didakwa cuai sehingga berlakunya tragedi menyayat hati itu.

Saman sivil terhadap tiga pihak iaitu pemilik pusat tahfiz, MAIWP dan dua remaja yang merupakan tertuduh dalam kes itu, difailkan oleh firma guaman Tetuan Mohaji, Hazury dan Ismail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 6 petang semalam.

Tragedi kebakaran pusat tahfiz yang terletak di Kampung Datuk Keramat, di sini, yang berlaku pada kira-kira 5.15 pagi 14 September tahun lalu itu menyebabkan 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut selepas terperangkap dalam kebakaran bangunan sementara pusat tahfiz berkenaan.

Peguam Faiz Fahmi Md Fodzi berkata, beliau mewakili Persatuan Kebajikan Tahfiz Malaysia (Pertama) yang ditubuhkan 11 waris mangsa yang meninggal dan yang cedera dalam insiden itu, bertujuan untuk membela kebajikan mangsa dan waris yang terkesan dengan tragedi itu.

“Saya mewakili anak guam memfailkan saman bagi menuntut keadilan melibatkan isu keselamatan dan sumbangan derma yang sehingga kini masih belum diterima oleh waris,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di sini.

Menurut Faiz Fahmi, dalam tuntutan saman itu, pusat tahfiz berkenaan antara lain didakwa gagal menyediakan tempat tinggal yang selamat kepada pelajar sehingga menyebabkan mereka menjadi mangsa kebakaran tersebut.

Ia juga menuntut satu deklarasi supaya semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera serta plaintif-plaintif menerima 100 peratus derma yang didermakan khusus untuk mangsa kebakaran, serta menerima 80 peratus daripada derma umum kepada mangsa kebakaran, dengan kedua-dua pembahagiannya tertakluk kepada mekanisme yang ditentukan mahkamah. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *