Home » Citra Yadim » YADIM dipelawa anjur program di masjid baru Kampung Panagatan

YADIM dipelawa anjur program di masjid baru Kampung Panagatan

KENINGAU – Seramai 300 penduduk di Kampung Panagatan, di sini pada 14 September lalu secara rasminya menerima sebuah masjid baru bagi kegunaan mereka.

Masjid bernilai kira kira RM800,000 ini dirasmikan oleh Sahibus Samahah Mufti Sabah, Datuk Ustaz Bungsu Aziz Jaafar. Hadir sama ialah Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah,Tuan Haji Samin Ongki serta lain lain kenamaan.

Pembinaan masjid ini sebahagiannya merupakan hasil tanggungjawab sosial Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (MAPIM).

Sementara itu, Haji Samin melahirkan rasa terima kasih dan terujanya dengan perasmian masjid tersebut.

Menurutnya, YADIM telah dipelawa untuk menjalankan kerja kerja dakwa di masjid berkenaan.

“Alhamdulillah saya mewakili YADIM Zon Sabah merasa syukur kerana kami bakal diberikan kemudahan dan ruang untuk menganjurkan program di masjid ini pada masa akan datang.

“Insyallah dengan peluang yang ada ini, YADIM akan terus menjalankan aktiviti perluasan dakwahnya,” ujar beliau.

Penduduk Kampung Panagatan, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sook,  sebelum ini hanya mempunyai sebuah surau kecil yang tidak dapat menampung kegiatan ibadah dan kemasyarakatannya.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *