Home » Langit Terbuka » 10 etnik Rohingya mangsa balas dendam tentera, polis Myanmar

10 etnik Rohingya mangsa balas dendam tentera, polis Myanmar

YANGON, 13 Okt.  – Sepuluh individu etnik Rohingya yang tidak bersalah dibunuh oleh tentera dan polis Myanmar kelmarin di wilayah Rakhine, satu tindakan yang dilihat sebagai perbuatan membalas dendam.

Kumpulan advokasi antarabangsa bagi Rohingya menyatakan polis memperketatkan kawalan di wilayah berkenaan selepas sekumpulan lelaki menyerang polis sempadan Myanmar menyebabkan sembilan anggota polis dan tiga penyerang terbunuh.

Kenyataan kumpulan itu menyebut lelaki bersenjata menyerang pasukan keselamatan yang ketika itu melakukan operasi mencari senjata yang dicuri.

“Penangkapan besar-besaran sedang dilakukan. Sekurang-kurangnya 10 etnik Rohingya, termasuk tujuh di Kampung Myo Thugyi di Maungdaw ditembak mati oleh tentera,” kata kenyataan itu sambil menambah ramai wanita Rohingya turut ditangkap.

Berikutan itu, Myanmar menutut sempadannya dengan Bangladesh.

Ahad lalu, penyerang bersenjatakan raifal, pisau dan bahan letupan menyerang pasukan polis sempadan di Maungdaw dan Yathay Taung, kawasan yang majoritinya dihuni umat Islam Rohingya.

Kerajaan Myanmar memberitahu bahawa sekurang-kurangnya sembilan anggota polis dan lapan militan terbunuh dalam serangan itu. – Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *