Ilmu fardu ain

Ilmu agama yang dimaksudkan dengan ilmu fardu ain ialah kadar wajib dipelajari oleh setiap individu Islam yang bersangkutan dengan ilmu iktikad, permasalahan fikah, hukum-hukum yang yang berkaitan dengan muamalat bagi mereka yang berurusan dengannya dan selainnya, seperti mengetahui perkara yang bersangkutan dengan perkara –perkara maksiat hati dan anggota badan seperti lidah, tangan dan seumpamanya, serta […]

Perkongsian pengalaman  Dr. Fauziah, `Women’s Boat To Gaza’

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Majlis Dakwah Negara (MDN), majlis di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan mengadakan program `Perkongsian Pengalaman.. Dr. Fauziah Mohd Hassan `Women’s Boat To Gaza’ pada 20 Oktober 2016 ini bertempat di Dewan Jumaah, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Dalam program yang diadakan secara percuma itu,  para hadirin berpeluang mendengar […]

Hijrah menyelamatkan akidah

Oleh Mohd Shauki Majid Kemunculan bulan Muharam pada tahun ini bermakna umat Islam telah memasuki tahun baru Hijrah 1438 dalam kurun ke-15 menurut kalendar Islam. Mengingati peristiwa hijrah ini ia sebenarnya mengandungi pengertian dan pengajaran yang amat luas. Sejarah mencatatkan bahawa peristiwa hijrah ini amat besar ertinya bagi perjuangan Rasulullah s.a.w. khususnya, dan umumnya kepada […]

Kisah ahli ibadah masuk neraka, si pendosa masuk syurga

Alkisah, ada dua orang lelaki dari kalangan Bani Israel. Karakter kedua-duanya ibarat langit dengan bumi. Yang satu sering berbuat dosa, sementara seorang lagi sangat tekun beribadah. Setiap kali lelaki ahli ibadah melihat lelaki pendosa ini melakukan dosa, dia akan menasihati kawannya itu supaya menghentikan perbuatan buruknya. “Berhentilah dari berbuat dosa,” kata lelaki ahli ibadah itu […]

MDN perlu lebih proaktif martabat ummah

Majlis Dakwah Negara (MDN) digesa bertindak dan berperanan lebih aktif, selain segera bertindak menyelesaikan perpecahan dalam kalangan umat Islam sama ada dari segi akidah mahupun arus politik negara. Institusi keagamaan itu juga diharap dapat mengumpul sebanyak mungkin persatuan dan agensi Islam yang berada di bawah kerajaan atau swasta bagi melaksanakan usaha menyatukan umat Islam di […]

Ahok mohon maaf pertikai al-Quran ketika kempen

JAKARTA, 13 Okt. – Gabenor Jakarta, Basuki Thahaja (Cahaya) Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok memohon maaf secara terbuka kerana menyinggung umat Islam apabila mempertikai surah Al-Maidah yang terkandung di dalam al-Quran ketika berkempen di Pulau Seribu di sini, baru-baru ini. Media dalam talian hari ini memetik Ahok sebagai berkata, bahawa ucapannya dalam satu majlis […]

10 etnik Rohingya mangsa balas dendam tentera, polis Myanmar

YANGON, 13 Okt.  – Sepuluh individu etnik Rohingya yang tidak bersalah dibunuh oleh tentera dan polis Myanmar kelmarin di wilayah Rakhine, satu tindakan yang dilihat sebagai perbuatan membalas dendam. Kumpulan advokasi antarabangsa bagi Rohingya menyatakan polis memperketatkan kawalan di wilayah berkenaan selepas sekumpulan lelaki menyerang polis sempadan Myanmar menyebabkan sembilan anggota polis dan tiga penyerang […]

Pengusaha restoran tak tahu ais kiub perlu sijil halal

KEBANYAKAN pengusaha restoran tidak maklum akan status halal ais kiub yang dibeli daripada pengedar. Tinjauan Sinar Harian mendapati pengusaha restoran mengakui tidak tahu bahawa ais kiub yang dijadikan bahan penyejuk dalam air minuman sebenarnya memerlukan sijil pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana selama ini menganggap ia sekadar air dibekukan. Pengusaha restoran dan […]

Netizen kecam serangan peluru berpandu Syiah Houthi ke Taif, 40 kilometer dari Makkah

JEDDAH, 13 Okt. – Tentera pakatan 10 negara Arab memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan puak militan Syiah Houthi di Yaman ke arah bandar Jazan di Arab Saudi, kelmarin. Agensi berita melaporkan peluru berpandu itu dipintas dan dimusnahkan di ruang udara bandar Maarib di Yaman. Serangan puak militan itu adalah kali kedua […]

Syiah mula menular di Perlis: Mufti

BANGI, 12 Okt. – Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul mendedahkan ajaran Syiah yang berpusat di Kedah khususnya di Pendang mula menyerap masuk ke Perlis. Beliau berkata, penyebaran ajaran sesat itu dilakukan melalui pertubuhan tertentu. Susulan itu, beliau menasihatkan orang Islam di negeri berkenaan supaya berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan ajaran berkenaan. “Rakyat yang […]