Home » Citra Yadim » 100 golongan rentan disantuni

100 golongan rentan disantuni

KUANTAN – Berdakwah masa kini bukan saja perlu berfikir di luar kotak, tetapi juga dilaksanakan tanpa halangan dan tidak boleh mengira latar belakang.

Golongan rentan umpamanya, perlu didekati bagi menyelami sendiri apakah yang sebenarnya boleh kita lakukan bagi menyantuni mereka.

Justeru inilah yang dilakukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 November apabila mendekati dan bertemu sendiri dengan golongan ini di Pusat Persatuan Insaf Pahang sini.

Seramai 100 golongan ini disantuni menerusi pemberian kit Musa’adah YADIM selain naskhah buku ‘Inilah Doaku’.

YADIM turut menyumbang RM5,000 untuk kegunaan Kelas Pengajian Al Quran Persatuan Insaf Pahang.

Hadir ke program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Penasihat Insaf , Prof Madya Dr Muhammad Ibrahim, Pengerusi Persatuan Insaf, Mohd Bakri dan Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok.

 

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *