Home » Citra Yadim » Tujuh Resolusi Persidangan Agensi Agama Bersama Ngo Islam Dan Dakwah Negeri Pahang

Tujuh Resolusi Persidangan Agensi Agama Bersama Ngo Islam Dan Dakwah Negeri Pahang

KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) telah bersama mengadakan Persidangan Agensi Agama Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Dan Dakwah Negeri Pahang di sini pada 24 November 2021.

Terlibat sama dalam inisiatif ini ialah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang.

Persidangan sehari melibatkan 42 NGO ini bertujuan mendapatkan maklum balas dan berkongsi pendapat dalam menghubung dan menyelaraskan gerakkerja amal islami antara agensi agama negeri, agensi agama persekutuan dan NGO Islam serta dakwah negeri Pahang.

Melalui persidangan ini, tujuh resolusi dicapai iaitu :

1. Penubuhan sekretariat bersama agensi agama dan dakwah negeri, agensi agama dan dakwah persekutuan di negeri bersama NGO Islam dan dakwah negeri Pahang dan dinamakan Majlis Amal Islami Pahang (MAIP).

2. Sekretariat tersebut adalah bertujuan bagi menyelaras gerakkerja kebajikan dan dakwah yang lebih tersusun, berstrategik dan bersepadu antara institusi agama kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan di negeri Pahang.

3. Sekretariat tidaklah bersifat mengikat dan mengawal tetapi berperanan sebagai wadah silaturrahim, kerjasama, perkongsian pintar dan strategik antara sesama agensi, pertubuhan dan anggota.

4. Penaung bersama kepada sekretariat ini ialah MUIP, JAIP dan YADIM.

5. Ahli jawatankuasa sekretariat akan ditubuhkan melibatkan wakil yang dinamakan oleh ketiga-tiga agensi tersebut dan keahliannya akan melibatkan wakil dari setiap NGO yang berdaftar bersama. 

6. Akan diadakan pertemuan atau bengkel sebagai lanjutan dari persidangan ini bagi memperincikan bentuk penyelarasan, kerjasama, pembahagian kelompok atau kluster fokus, kewangan dan sebagainya.

7. Menyeru dan melibatkan sebanyak mungkin agensi, institusi agama dan NGO-NGO Islam di negeri Pahang untuk bersama bernaung di bawah sekretariat ini.

Hadir ke majlis ini ialah Timbalan Ketua Eksekutif (Baitulmal dan Operasi), MUIP, Dr Asmadi Bin Abdul Rahman, Pengarah JAIP, Yang Hormat Dato’ Dr Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, dan Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Hadir sama ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP, Tuan Haji Mohd Fadzli Mat Saman, Ketua Unit Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam/ Pendaftar Mualaf Negeri Pahang, MUIP, Tuan Haji Sh. Mohd Firdaus Sh. Othman, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya dan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *