Home » Citra Yadim » 100 keluarga di Timur Laut disantuni YADIM

100 keluarga di Timur Laut disantuni YADIM

PULAU PINANG – Seramai 100 keluarga di tiga kampung di daerah Timur Laut di sini disantuni dalam Program YADIM Peduli pada 27 Jun.

Ia bertujuan meringankan beban mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 menerusi penyampaian barangan keperluan harian.

Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang itu turut menyantuni 10 keluarga masyarakat Tionghua yang juga terkesan dengan wabak berkenaan.

Selain YADIM, ia turut mendapat kerjasama badan bukan kerajaan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang.

Tiga kawasan yang menerima sumbangan YADIM ialah Teluk Bahang, Kampung Pantai Acheh dan Sungai Pinang di sini.

Hadir sama dalam program ini adalah Setiausaha Sulit Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fitri Ibrahim, Yang Dipertua GPMS Pulau Pinang, Amir Hassan serta ketua ketua komuniti penduduk Teluk Bahang dan Sungai Pinang.

Mewakili YADIM dalam program ini
ialah Penyelaras Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.

Artikel Berkaitan

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *