Home » Citra Yadim » Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan

Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan

PORT DICKSON – Seluruh Negeri Sembilan dijelajahi dalam program Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan yang berlangsung pada 27 dan 28 Jun.

Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan itu mendapat kerjasama pasukan Sukarelawan Al Rahmah SAR Kelab Sains dan Inovasi Port Dickson (KSIPD), Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Negeri Sembilan dan sebuah badan bukan kerajaan, MyFundAction.

Seramai 53 individu menerima sumbangan pada hari pertama program.

Antara lokasi yang dikunjungi peserta program ialah Lukut, Ampangan dan Rembau.

Acara hari pertama turut disertai oleh Ketua SAR KSIPD, Khairul Nizam Khairuddin selain Ustaz Hassanal Haris selaku Penyelaras Yadim Negeri Sembilan dan dibantu oleh Muhammad Muzzammil serta Ustaz Arif Adzwan dari Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM).

Jelajah ini akan diteruskan pada 28 Jun ke Jelebu, Jempol dan sebelum berakhir di Kuala Pilah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *