Home » Langit Terbuka » Pulau Pinang tunggu panduan Jawatankuasa Fatwa

Pulau Pinang tunggu panduan Jawatankuasa Fatwa

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang menunggu panduan solat Jumaat dua sesi daripada Jawatankuasa Fatwa selepas keputusan untuk menguatkuasakannya dimuktamadkan.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata keputusan untuk menguatkuasakan solat Jumaat dua sesi itu akan dimaklumkan mufti selepas perbincangan antara Jawatankuasa Fatwa diadakan.

“Buat masa ini mufti belum putuskan apa-apa dan beliau akan terangkan serta bincangkan dulu sebelum keluarkan panduan kepada Jabatan Agama Islam serta Majlis Agama Islam untuk melaksanakannya,” katanya ketika dihubungi di sini pada 28 Jun.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memaklumkan perbincangan berkaitan keperluan solat Jumaat dua sesi sudah selesai di peringkat kebangsaan dan keputusannya sudah dibawa kepada Majlis Raja-Raja serta pihak berkuasa negeri untuk tindakan selanjutnya.

Ini kerana, katanya, bidang kuasa solat Jumaat adalah tertakluk kepada kerajaan negeri masing-masing.

Dalam pada itu, Ahmad Zakiyuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang berkata, beliau berpendapat tiada keperluan untuk mengadakan solat Jumaat dua sesi di Pulau Pinang.

“Selepas masjid dibenarkan untuk menerima jemaah mengikut keluasan bagi solat Jumaat, kita tidak menerima sebarang permohonan untuk menambah lagi kapasiti jemaah atau mengadakan solat untuk dua sesi.

“Jadi, kita merasakan solat Jumaat satu sesi sudah memadai di negeri ini,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *