Home » Citra Yadim » 100 keluarga Kuala Langat, Kapar terima sumbangan Musa’adah Covid-19 YADIM

100 keluarga Kuala Langat, Kapar terima sumbangan Musa’adah Covid-19 YADIM

SIJANGKANG – Program menyantuni masyarakat Musa’adah Covid-19 YADIM diteruskan lagi pada 1 April. Kali ini sebanyak 100 keluarga dari Kuala Langat dan Kapar menerima agihan barangan keperluan tersebut.

Selain asnaf yang memerlukan, program ini turut memberi manfaat kepada tujuh keluarga bukan Muslim, 20 muallaf serta orang Asli, dengan peruntukan sebanyak RM20,000.

Gimik penyerahan yang diadakan di sini, telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kapten (B) Shamsuddin Moner.

Hadir sama ialah Pengerusi Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya serta Penolong Pengarah Sektor Latihan dan Perkaderan, Husnaini mongin.

SAR Kuala Langat terlibat secara langsung dalam program ini dengan membantu mengenalpasti keluarga memerlukan yang terkesan dengan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumbangan barangan keperluan dan wang tunai seperti hari ini telah diadakan di Puchong, Petaling Jaya, Bangsar dan Kota Damansara sebelum ini, dan bakal diteruskan pula di Bangi.

Selain asnaf yang memerlukan, YADIM juga menyalurkan bantuan kepada keluarga ahli Tabligh, pelajar dan petugas barisan hadapan.

***

Semakin ramai menerima kesan akibat musibah Covid-19 yang melanda negara. Mari bantu kami untuk membantu mereka.

Orang ramai boleh menyumbang kepada Tabung YADIM Peduli Covid-19 menerusi dua cara mudah.

Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 5660 1062 5428 (Maybank).

Setiap sumbangan layak mendapat pelepasan potongan cukai.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *