Home » Citra Yadim » 100 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 di Hulu Terengganu

100 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 di Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan ke 9 Jun ini menyebabkan ramai yang menerima kesannya, terutamanya golongan asnaf B40.

Cakna dengan keadaan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah bekerjasama dengan Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu bagi menyantuni mereka yang memerlukan di daerah ini pada 11 Mei.

YADIM Terengganu telah menyalurkan sejumlah 100 pek sumbangan, yang kemudiannya diagihkan sendiri oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Dato’ Rosol Wahid serta kakitangan pejabatnya dan YADIM.

Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang berkata Hulu Terengganu dipilih kerana majoriti penduduknya bekerja sendiri, yang sudah tentu terjejas dengan pelaksanaan PKP.

“Kita berhasrat ke semua tempat dengan secepat mungkin, memandangkan PKP ini sudah berlarutan dan ramai dari kalangan orang orang kampung yang bekerja menerima pendapatan harian seperti buruh, menoreh getah dan sebagainya, maka timbul keperluan kepada agensi dan badan bukan kerajaan untuk membantu.

“Semoga sedikit sumbangan YADIM ini akan dapat meringankan beban mereka,”ujar beliau.

Program seumpama ini akan diteruskan pula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut dan DUN Kota Putra selepas ini.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *