Home » Langit Terbuka » Mufti Perlis saran orang ramai solat Aidilfitri di rumah

Mufti Perlis saran orang ramai solat Aidilfitri di rumah

Panduan solat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Aidilfitri akan disiapkan dalam masa terdekat, kata Mufti Perlis - Foto Malay Mail

ARAU – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan umat Islam di negeri ini untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga masing-masing, berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun.

Katanya, Jabatan Mufti Perlis akan menyediakan teks khutbah Aidilfitri yang mudah dan tidak membebankan, agar ianya mudah dibacakan oleh ketua keluarga.

“Tahun ini semua ketua keluarga akan menjadi imam kepada keluarga masing-masing dan ini menunjukan bahawa Islam boleh dilaksana dalam semua keadaan,” katanya kepada pemberita pada satu majlis ringkas di Galeri Istana Arau pada 12 Mei.

Pada majlis berkenaan, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), berkenan menyerahkan sumbangan alat pengimbas suhu kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan untuk kegunaan di 102 buah masjid di Perlis.

Mohd Asri berkata, panduan solat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Aidilfitri akan disiapkan dalam masa terdekat, bagi membantu orang ramai melakukan solat Aidilfitri di rumah.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu sebarang makluman terkini mengenai situasi semasa COVID-19 oleh pihak berkenaan.

“Jika pada minggu hadapan Kerajaan Persekutuan tetapkan ia boleh dilaksanakan di masjid, kita juga akan benarkan, tetapi setakat ini memang solat sunat Aidilfitri di Perlis dilaksanakan di rumah,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *