Home » Citra Yadim » 100 penduduk Ladang Kalidonia dirai YADIM Pulau Pinang sempena Deepavali

100 penduduk Ladang Kalidonia dirai YADIM Pulau Pinang sempena Deepavali

NIBONG TEBAL – Kerana dakwah itu terlalu luas jalurnya… Ia dilaksanakan merentas pelbagai budaya dan agama.

Mengambil semangat ini, YADIM Pulau Pinang menyantuni 100 keluarga masyarakat India sempena perayaan Deepavali yang bakal menjelma.

Program dengan kerjasama rakan strategik Peduli Insan Malaysia dan Malaysia Hindu Sangam Nibong Tebal itu diadakan di Kampung Ladang Kalidonia di sini pada 16 Oktober.

Turut hadir pada program ini adalah Ustaz Azfar Abdullah selaku Pengarah Jabatan Projek Peduli Insan Malaysia, Pengerusi Malaysia Hindu Singam Nibong Tebal, Muniandy A/L Perumal dan dan Muhd Luqman Sabri, Penolong Pegawai YADIM Negeri Pulau Pinang.

YADIM Pulau Pinang dan rakan strategiknya bergerak ke setiap rumah dalam program ini menyumbang barangan makanan perayaan dan jamuan untukpenduduk ladang berkenaan.

Insya-Allah, lebih banyak program merentas agama dan budaya akan dianjurkan YADIM selepas ini bagi mengerat semangat keharmonian dalam Keluarga Malaysia.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *