Home » Langit Terbuka » 14 korban serangan nekad di masjid

14 korban serangan nekad di masjid

KANO 4 Jan. – Empat belas jemaah maut apabila seorang pengebom nekad menyerang masjid di sempadan Nigeria dengan Cameroon, kata pasukan sukarelawan awam.

Seorang yang disyaki anggota Boko Haram meletupkan dirinya di dalam masjid di Gamboru sekitar jam 5.00 pagi (0400 GMT) sebelum solat subuh.

“Empat belas mayat ditarik keluar dari runtuhan. Cuma bilal yang selamat dan kami percaya banyak lagi mayat tertimbus di bawah runtuhan.

“Angka kematian berkemungkinan meningkat,” kata anggota militia awam, Umar Kachalla, sambil menambah masjid berkenaan musnah.

Seorang pengawal awam, Shehu Mada., berkata sejam sebelum itu pasukan peronda mengesan empat suspek pengebom di pinggir bandar dan menahan seorang daripada mereka.

“Dua daripada mereka berpatah balik dan melarikan diri manakala yang keempat hilang dalam gelap dan kami percaya dia yang menyerang masjid,” katanya.

Pemberontakan Boko Haram selama lapan tahun menentang kerajaan yang merebak ke negara jiran seperti Niger, Chad dan Cameroon, sudah mengorbankan sekitar 20,00 orang dan menyebabkan 2.6 juta lagi kehilangan tempat tinggal. – AFP

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *