Home » Citra Yadim » 15 kakitangan terima AKC

15 kakitangan terima AKC

PUTRAJAYA 9 Mei – Seramai 15 kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menunjukkan kecemerlangan mereka pada tahun lepas telah diberikan Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) 2016 dalam satu majlis yang bertempat di Masjid Putra, di sini pada 4 Mei lalu.

Mereka yang menerima AKC pada tahun ini ialah Hasliza Ibrahim, Mohd Yuswandi Abdul Majid, Shahrizal Mat, Muhamad Ammar Abdullahm, Fauziah Samad, Norhayati Mohd Dom, Hizaroyani Abdul Ghani, Nor Mazila Mohd. Zin, Mohd Firdaus Hasan, Azni Mohd. Zainuddin, Mohd. Fazli Yahaya, Najwa Ishak, Mazri Mat Husin, Mohd. Bakri Ishak dan Zarina Mohd Hidzir.

Dengan penganugerahan itu mereka telah menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan sijil. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad.

Sementara itu dalam ucapannya, Dr. Yusri berkata, AKC menjadi penanda aras dalam memartabatkan usaha-usaha warga YADIM yang memiliki budaya kerja cemerlang, berinovatif, maju ke hadapan, bersifat dinamik agar ia menjadi contoh kepada yang lain.

“Penghargaan ini menjadikan pegawai dan kakitangan berkenaan sebagi contoh dan daya penarik kepada kakitangan lain untuk sama-sama mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerjadan seterusnya mengangkat YADIM itu sendiri,’’ katanya.

Turut diadakan pada majlis berkenaan adalah Majlis Graduasi Felo Muda Dakwah 6 Siri 2 2016 dan Majlis Watikah Pelantikan Felo Muda Dakwah 7 Siri 1 2017.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *