Ahok bersalah, dihukum penjara dua tahun

JAKARTA, 9 Mei – Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok hari ini dijatuhkan hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah menghina Islam. Ketua Hakim, Dwiarso Budi Santiarto berkata,Ahok terbukti bersalah melakukan penghinaan terhadap agama Islam. Majlis Hakim sebulat suara menyatakan, tindakan Ahok menggunakan Surah Al-Maidah dalam ucapannya ketika bertemu dengan masyarakat di Tempat Pelelangan […]

EU lega Le Pen tersingkir

– Macron muncul Presiden termuda Perancis, – Janji pulihkan hubungan dengan Eropah PARIS 8 Mei – Kemenangan Emmanuel Mac­ron dalam pilihan raya Presiden Perancis semalam membolehkan Kesa­tuan Eropah (EU) menarik nafas lega selepas calon berhaluan sederhana itu berjaya menyingkirkan Marine Le Pen yang mengancam mahu membawa keluar negara ini daripada blok terbabit selepas Britain. Kejayaan […]

Ketua kumpulan Daish di Afghanistan terbunuh

KABUL 9 Mei – Ketua kumpulan Daish di Afghanistan, dipercayai dalang di sebalik beberapa serangan berprofil tinggi termasuk di hospital tentera yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa, maut dalam operasi tentera. Abdul Hasib, yang kumpulannya bersekutu dengan Daish di Iraq dan Syria terbunuh bulan lalu dalam sebuan pasukan khas di wilayah Nangarhar, kata jurucakap Presiden Ashraf […]

Program Raudhah Felda meriah

SUNGAI PETANI 9 Mei – Pada 5 Mei lalu telah berlangsung Program Raudhah di Felda@Street Da`wah berlangsung di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah anjuran bersama oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Felda Wilayah Utara, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Pusat Khidmat ADUN Sungai Tiang. Program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal […]

Membimbing saudara kita menguasai al-Quran

KUCHING 9 Mei – Salah satu aspek terpenting dalam membimbing golongan saudara kita atau mualaf adalah penguasaan al-Quran selain aspek ibadah dan akidah. Menyedari hal itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak telah mengadakan Program Bijak Belajar Al-Quran untuk saudara kita di Masjid Darul Hana, Petra Jaya pada 7 Mei lalu. Pengurus Eksekutif YADIM […]

Isu Halal tarik perhatian bukan Islam

JOHOR BAHRU 9 Mei – Persoalan halal tidak sahaja penting bagi orang Islam tetapi juga kepada bukan Islam yang begitu berminat mengetahui konsep halal itu sendiri terutama dalam konteks masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Pengurus Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan, Muhamad Ammar Abdullah berkata, hal ini kerana dalam Islam konsep halal […]

YADIM lancar empat buku sempena PBAKL 2017

KUALA LUMPUR 9 Mei – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melancarkan empat buku iaitu Al Rahiq Al Makhtum: Sirah Nabawiyyah, Solat itu Mudah, Contemporary Ijtihad: An Analysis Of Individual And Collective Approaches, dan Buku Sumber Rujukan Guru: Pendidikan Islam Prasekolah pada 5 Mei lalu. Majlis pelancaran buku itu diadakan bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, […]

27 FMD terima sijil graduasi

PUTRAJAYA 9 Mei – Seramai 27 Felo Muda Dakwah (FMD) yang tamat latihan dan 30 FMD yang memulakan latihan menerima sijil graduasi dan watikah pelantikan masing-masing dalam satu majlis yang diadakan pada 4 Mei lalu di Masjid Putra, di sini. Sijil-sijil dan watikah telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), […]

15 kakitangan terima AKC

PUTRAJAYA 9 Mei – Seramai 15 kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menunjukkan kecemerlangan mereka pada tahun lepas telah diberikan Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) 2016 dalam satu majlis yang bertempat di Masjid Putra, di sini pada 4 Mei lalu. Mereka yang menerima AKC pada tahun ini ialah Hasliza Ibrahim, Mohd Yuswandi Abdul Majid, Shahrizal […]