Home » Langit Terbuka » 15 militan Pro- Daesh Terbunuh

15 militan Pro- Daesh Terbunuh

Anggota tentera Filipina sedang melakukan rondaan di sekitar tempat kejadian

MANILA 10 – Sekurang-kurangnya 15 anggota militan pro- Daesh, Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) terbunuh apabila tentera Filipina melancarkan serangan udara dan darat terhadap sebuah kilang bom.

Menurut Brigedier Jeneral, Cirilito Sobejana, serangan udara dan senjata artileri itu meledak di kawasan di paya Liguasan di Maguindanao iaitu lokasi BIFF menghasilkan bom buatan sendiri (IED).

Sekitar 60 hingga 100 BIFF berada di kawasan sekitar ketika serangan bermula sebelum subuh.

“Lima belas telah disahkan terbunuh, 10 orang cedera dan dua yang lain ditawan.

“Kami dapat memusnahkan kilang IED utama mereka di selatan Liguasan, dan ini adalah kerugian besar kepada mereka.” katanya.

Tentera mengklasifikasikan BIFF yang dikatakan mempunyai 300 hingga 400 anggota, sebagai organisasi pengganas, bersama kumpulan Abu Sayyaf dan Maute. – REUTERS

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *