Home » Citra Yadim » 16 keluarga, surau, komuniti bapa disantuni YADIM

16 keluarga, surau, komuniti bapa disantuni YADIM

IPOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan penglibatannya dalam hari kedua (5 Oktober) Festival Ummatic 2.0 di sini dengan menyantuni seramai 16 keluarga, membersihkan sebuah surau selain terlibat dengan beberapa lagi aktiviti.

Bermula dengan Kolokium Kelangsungan Dakwah dan Memperkasa Islam di Negeri Perak pada sebelah pagi, YADIM terlibat selaku pembentang utama dalam program ini. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh telah menyampaikan syarahan bertajuk ‘Peranan Badan Bukan Kerajaan Dalam Dakwah Di Era Malaysia Baharu’ dalam program ini.

Pembentangan YADIM dalam kolokium ini kemudiannya telah diangkat sebagai resolusi program.

Pada masa yang sama, seramai 12 kakitangan YADIM telah melaksanakan program Cuci Cuci di Surau Islahiah Taman Jati di sini.

Cuci Cuci merupakan pogram kemasyarakatan YADIM yang mana mereka akan membersihkan surau dan masjid terpilih.

Di surau berkenaan, bahagian luar dan dalam rumah ibadah ini telah dibersihkan oleh kakitangan YADIM yang terlibat.

Sementara itu di tapak festival pula, gerai YADIM terus dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat yang hadir ke Masjid Muhammad Al Fateh bagi turut serta dalam Festival Ummatic 2.0 ini. Antara yang berkunjung ke gerai YADIM termasuklah pengunjung bukan Muslim yang menghadiri festival ini.

Antara aktiviti yang disediakan di gerai YADIM ialah seperti kuiz mengeja dan membaca Jawi serta jualan buku buku terbitan YADIM.

Turut diadakan di perkarangan masjid hari ini ialah acara untuk kaum bapa, iaitu sesi Dad’s/Men Teh Tarik anjuran YADIM bersama Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR). Ketua Unit Konsultasi Akidah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Mohamad Razif Mohamad Fuad merupakan penceramah bagi sesi ini.

Pada sebelah petang pula, anggota Sukarelawan Al Rahmah YADIM telah melakukan ziarah rahmah kepada 16 buah keluarga di sekitar kawasan Masjid Muhammad Al Fateh.

Selain beramah mesra, angora SAR juga telah menyampaikan sedikit sumbangan keperluan harian kepada keluraga dari kalangan asnaf ini.

Esok (6 Oktober), YADIM sekali lagi akan mengadakan program Cuci Cuci dan melakukan Ziarah Rahmah ke 15 keluarga di sekitar Masjid Muhammad Al Fateh.

 

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *