Home » Langit Terbuka » 16 syarikat korporat serah zakat kepada PPZ-MAIWP

16 syarikat korporat serah zakat kepada PPZ-MAIWP

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM65,379,959.08 daripada Pengerusi Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman (kanan) bagi pihak PPZ-MAIWP dalam Majlis Zakat Korporat PPZ-MAIWP di Istana Negara hari ini. FOTO BERNAMA

PETALING JAYA: Sebanyak 16 syarikat korporat menyerahkan bayaran zakat berjumlah RM65,379,959.08 bagi tahun 2022 dan 2023 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Istana Negara memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan Syarikat-Syarikat Korporat kepada PPZ-MAIWP di Istana Negara, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Haji Mohd. Na’im Mokhtar; Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar dan Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Syarikat-syarikat terlibat adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, FGV Group, Lembaga Tabung Haji, Tenaga Nasional Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad, Co-opbank Pertama Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Turut terlibat, TH Travel Sdn Bhd, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Etiqa General Takaful Berhad, Rakyat Management Services Sdn. Bhd., Etiqa Family Takaful Berhad, Malakoff Corporation Berhad, Percetakan Nasional Malaysia Berhad dan Wasco Berhad. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *