Home » Langit Terbuka » 160 rakyat Malaysia di Sudan selamat

160 rakyat Malaysia di Sudan selamat

Rakyat Malaysia dinasihatkan menanggguhkan perjalanan ke Sudan, jelas Wisma Putra. _ Foto KLN

PUTRAJAYA – Wisma Putra mengesahkan kesemua 160 rakyat Malaysia di Sudan berada dalam keadaan selamat.

Dalam satu kenyataan di sini, Wisma Putra menjelaskan, ini berikutan kekacauan yang berlaku di beberapa bahagian di Khartoum, Sudan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan akan terus memberikan bantuan yang diperlukan kepada semua rakyat Malaysia di Khartoum.

“Rakyat Malaysia yang merancang untuk melawat Sudan dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan mereka,” katanya.

Semalam, pada pukul 2 petang waktu tempatan, Naib Presiden Pertama Sudan merangkap Menteri Pertahanan, Leftenan Jeneral Ahmed Ibn. Auf telah mengumumkan penyingkiran Omar al-Bashir sebagai Presiden Sudan.

Jelas Wisma Putra, kedutaan boleh dihubungi di alamat Rumah Malaysia, House 7, Block B21, Street Khalifa Abdullah, Al Riyadh atau talian +249-990700350 dan email mwkhartoum@kln.gov.my. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *