Home » Langit Terbuka » 160,000 penganut Hindu dikristiankan – A. Subramaniam

160,000 penganut Hindu dikristiankan – A. Subramaniam

PUTRAJAYA 23 Mei – Pendakyah Kristian merupakan satu ancaman yang serius kepada kemandirian penganut agama Hindu di Malaysia.

Menurut satu laporan yang diterbitkan oleh Hinduism Times pada tahun 1992 lalu, bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia, A. Subramaniam menyatakan bahawa ancaman terbesar agama Hindu datang daripada Gereja Tamil Methodist yang melatih ahli-ahlinya dalam bahasa Tamil dan sekaligus mengambil kesempatan melalui kewujudan pelbagai sumber rujukan.

Khabarnya beliau juga pernah melaporkan hal ini kepada Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh (MCCBCHS, kini dikenali sebagai MCCBCHST) bahawa semua orang menerima kebebasan beragama, kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing dan berdakyah seperti yang terkandung dalam Perlembagaan.

Namun, bukan penyebaran dakyah seperti yang dilakukan oleh gereja Kristian.

Sebelum ini, wakil-wakil dari setiap agama Hindu, Buddha dan Sikh pernah membawa bantahan mereka mengenai kaedah penyebaran agama Kristian yang digunakan oleh kebanyakan gereja Kristian kepada MCCBCHST.

Mereka juga memberi cadangan bahawa semua kumpulan agama perlu mengguna pakai deklarasi penukaran agama dan kod etika.

Namun, cadangan tersebut tidak diendahkan.

Menurut Subramaniam lagi seperti yang dilaporkan Hinduism Today, orang Hindu bukanlah menolak penukaran agama, tetapi menolak kempen penukaran agama secara teratur seperti yang dilakukan oleh gereja Kristian.

Beberapa buah gereja Kristian menggunakan cara yang licik dan tipu helah untuk menukar agama individu kepada agama mereka.

Bagi Subramaniam, semua kumpulan-kumpulan agama sepatutnya menekankan usaha mereka terhadap penganut agama masing-masing untuk menjadi penganut agama yang lebih baik berbanding berusaha untuk menukar agama orang lain.

“Dalam negara yang mempunyai kepelbagaian agama, keharmonian antara agama adalah asas penting penyatuan.

Oleh itu, semua orang perlu menggunapakai deklarasi kod etika.”

Menurut laporan itu juga, hampir tidak ada usaha daripada umat Islam di negara ini untuk mengislamkan penganut agama Hindu.

Jawapan agama Kristian terhadap masalah ini sama sahaja dari dahulu hingga sekarang,

“Mereka memohon maaf atas penukaran agama yang tidak beretika ini namun, bukan semua gereja membuat perkara sebegitu; penukaran agama itu adalah kerana tuhan dan bukan kerana manusia; mereka (pihak gereja) mempunyai tanggungjawab untuk “”berkongsi kepercayaan,” dan tiada satu dokumen pun yang boleh menghalang mereka dari berdakyah.”

Nantikan ulasan terkini pihak Hindu Sangam terhadap dakyah Kristian dikalangan penganut Hindu esok. – https://www.menara.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *