Home » Citra Yadim » YADIM Utara bantu masyarakat Orang Asli

YADIM Utara bantu masyarakat Orang Asli

SUNGAI PETANI 23 Mei – Yayasan dakwah islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah mengadakan program Ziarah Kasih di Kampung Orang Asli (KOA) Air Bah, Lenggong, Perak pada 18 Mei lalu.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, kampung berkenaan menempatkan seramai 60 keluarga Orang Asli dengan jumlah penduduk sekitar 300 orang.

“Sebanyak 90 peratus daripada penduduk kampung ini beragama Islam dan mereka sentiasa mengharapkan ada pihak luar membantu dalam memberikan pengajaran agama kepada mereka.

“Di sini terdapat beberapa kemudahan seperti surau dan balai sewang bagi kegunaan majlis yang dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) atau agensi luar,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam program Ziarah Kasih ini, pihak YADIM Zon Utara menyerahkan beberapa peralatan bagi kegunaan masyarakat yang beragama Islam iaitu antaranya kain telekung, kain pelikat, kopiah, dan sejadah.

Selain itu, beliau berkata, YADIM Zon Utara juga menyerahkan sumbangan masyarakat hasil daripada program Raudhah di Felda@Street Da`wah sebanyak RM660 kepada Ustaz Azizan iaitu Penggerak  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)\ bagi kampung berkenaan.

“Difahamkan, wang berkenaan akan disalurkan bagi pembinaan saluran paip air bersih dari KOA Kabil ke empangan bukit berhampiran,’’ katanya.

Beliau menjelaskan, pembinaan projek infrastruktur berkenaan ini telah mula berjalan dan ia serba sedikit membantu meringankan kos untuk pembinaan saluran paip air tersebut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *