Home » Citra Yadim » 178 Pek Serbuk Pencuci Pakaian Untuk Perkampungan Dikenakan PKPD

178 Pek Serbuk Pencuci Pakaian Untuk Perkampungan Dikenakan PKPD

BAU – Apabila  Kampung Tringgus Bong, Kampung Tringgus Rabak Rotan dan Kampung Tringgus Matan Nguan di sini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan pada 7 Mac, salah seorang penduduknya telah memohon pertolongan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak.

Mereka memohon agar dapat disumbangkan serbuk pencuci pakaian untuk kegunaan penduduk kampung tersebut.

Segera bertindak atas permintaan berkenaan, YADIM Sarawak dengan bantuan orang ramai telah mengumpulkan sejumlah 178 pek serbuk mencuci pakaian untuk disampaikan kepada mereka.

Penyerahan sumbangan itu dilaksanakan pegawai YADIM Sarawak pada 18 Mac,  Ramzi Razak kepada wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bau, Herryken Rayeh di pos kawalan di perkampungan tersebut.

Bungkusan serbuk pencuci pakaian ini adalah hasil daripada sumbangan orang ramai yang mewakilkan YADIM untuk menyerahkannya kepada penduduk di perkampungan tersebut.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *