Home » Citra Yadim » 20 penduduk Kampung Baru terima sumbangan YADIM

20 penduduk Kampung Baru terima sumbangan YADIM

PENDANG – Selesai program di Kampung Bukit Tegur dan Bendang Pulas pada sebelah pagi pada 16 November, program Tazkirah Kelompok dan Musa’adah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dilaksanakan pula di Kampung Baru di sini.

Seramai 30 orang peserta telah mengikuti tazkirah bertajuk “Hak dan Kewajipan Seorang Mukmin” yang telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria dalam program ini.

Dua puluh peserta yang terdiri daripada warga emas, golongan B40 dan lain lain penduduk yang dikenalpasti memerlukan kemudiannya menerima sumbàngan barangan keperluan harian daripada YADIM.

Hadir bersama dalam program Tazkirah ini ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Pendang, Abd Ghani Sudin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Bharu, Hasmi Hussien, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Pendang,  Jamaluddin Hashim dan Jawatankuasa KRT Taman Melor, Mohd Nawawi Mohd Bashir.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *