Home » Citra Yadim » Tazkirah Kelompok dan Ziarah Kasih di Pendang

Tazkirah Kelompok dan Ziarah Kasih di Pendang

PENDANG – Penduduk kampung tidak pernah dilupakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  dalam usaha melestari gerakan dakwah di negeri ini.

Saban masa, ada sahaja program bersama mereka dilaksanakan.

Pada 16 November, dua buah kampung di daerah ini disantuni dalam program Tazkirah Kelompok dan Musa’adah Ziarah Kasih.

Menerusi program berkenaan, 30 keluarga di Kampung Bukit Tegur dan Bendang Pulas dilibatkan dalam acara yang diatur

Ia dijayakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Pendang dan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Bukit Tegur.

Selepas tazkirah, para peserta menerima 30 kit Musa’adah sumbangan YADIM.

Kebanyakan mereka yang disantuni terdiri dari golongan ibu tunggal, golongan B40 dan warga emas.

Hadir menyampaikan tazkirah dan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Hadir sama ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Pendang, Abd Ghani Sudin dan Pengerusi JPKK Bukit Tegur, Abd Rashid Ismail.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *