Home » Citra Yadim » YADIM jalin kerjasama dokumentari Buku Fiqh Alam Melayu

YADIM jalin kerjasama dokumentari Buku Fiqh Alam Melayu

PUTRAJAYA – Usaha menyebarkan ilmu dan dakwah hari ini memerlukan pendekatan luar kotak yang bukan sahaja menarik, tetapi lebih penting lagi, berkesan menyampaikan ilmu dan dakwah itu sendiri.

Hari ini, ketika teknologi berkembang begitu pesat sekali, medium penulisan seperti buku dan majalah berdepan cabaran cukup sukar untuk menarik minat ramai khususnya generasi muda yang mahukan sesuatu lebih pantas dan mengikut trend.

Justeru cakna dengan keperluan tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 17 November telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat bagi tujuan dokumentari buku terbitannya, Fiqh Alam Melayu.

Melalui kerjasama ini apabila buku tersebut dilancarkan pada bulan hadapan, sebuah dokumentari mengenainya akan diterbitkan bukan sahaja bagi tujuan promosi, malah juga untuk menyampaikan kandungannya dalam bentuk audio visual kepada orang ramai.

Usaha ini nanti, diharap akan dapat membantu penyebaran kandungannya dalam bentuk lebih menarik untuk manfaat ramai pihak, terutamanya golongan pelajar.

Kerjasama ini dijalin dalam Lawatan Muhibah Menjunjung Kasih Yang Amat Mulia Tengku Sharifuddin Shah Ibni Tengku Sulaiman Shah Al Haj ke YADIM.

Menyentuh mengenai lawatan ini, Yang Amat Mulia Tengku Sharifuddin berkata, pihaknya akan mencuba yang terbaik bagi memastikan kerjasama ini mendatangkan manfaat untuk semua pihak.

Hadir ke acara ini ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Usta Azhar Yahya. Menurutnya, kunjungan ini bukan sekadar menjalin kerjasama, malah turut melambangkan gerak kerja dakwah YADIM yang digerakkan kepada semua pihak.

Ia juga menunjukkan pihak istana mengambil berat tentang usaha melestarikan gerakan dakwah yang dijalankan oleh YADIM ketika ini, yang membuka ruang dan peluang lebih luas bagi tujuan itu.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *