Home » Citra Yadim » 200 kg ikan, ayam di pasar percuma untuk Ruat daripada YADIM

200 kg ikan, ayam di pasar percuma untuk Ruat daripada YADIM

YAN – Berkonsepkan pasar percuma atau “free market”, sebanyak 200 kilogram (kg) ikan, 200 ekor ayam dan 60 kg sayuran diedarkan untuk golongan yang memerlukan di Ruat di sini pada 11 September.

Turut diedarkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah 200 kotak makanan dan wang tunai serta 200 beg sekolah untuk pelajar sekolah agama yang terjejas akibat bencana geologi Gunung Jerai baru baru ini.

Majlis sumbangan ini disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Haji Idris Haji Ahmad di Masjid Jamie Ruat di sini.  

Dalam program Musa’adah Fenomena Kepala Air Yan ini, masjid berkenaan turut menerima RM1,000 daripada YADIM.

Secara keseluruhannya, YADIM menyumbang RM30,000 untuk program ini.

Dalam ucapan ringkasnya, Senator Haji Idris mengucapkan terima kasih atas penganjuran musa’adah ini dan berharap ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban penerima sumbangan.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada YADIM yang mengadakan sanitasi di empat masjid di sini iaitu Masjid Jamie Ruat, Masjid Badlishah, Masjid Singkir Darat dan Masjid Singkir Laut di sini.

Hadir ke majlis ini ialah Yang Dipertua YADIM, Ustaz Haji Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta ketua ketua agensi agama Islam persekutuan dan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *