Home » Citra Yadim » Program Musaadah YADIM Perlis bersama Kelab Bank Islam

Program Musaadah YADIM Perlis bersama Kelab Bank Islam

CHUPING – Negeri ini menjadi lokasi terkini program kerjasama Kelab Bank Islam dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyantuni golongan yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Bertempat di Dewan Orang Kurang Upaya (OKU) Chuping di sini, seramai 20 golongan berkenaan disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian dan wang tunai dalam program Musaádah YADIM Bersama Bank Islam Kepada Golongan OKU pada 11 September.

Program ini dijayakan dengan kerjasama Persatuan OKU Perlis.

Hadir ke program ini ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dato’ Dr. Fathul Bari Mat Jahya, Pengurus Bank Islam Kedah Perlis, Fathin Hamimah Moktar dan Pengurus Bank Islam Perlis, Alimin Darus.

Turut hadir ialah Pengarah YADIM Perlis, Hafsah Hussain dan Pengerusi Persatuan OKU Perlis, Haji Abdul Syukor Shamsudin.

Dato Dr Fathul Bari mengucapkan terima kasih kepada Bank Islam atas kerjasama ini dan berharap ianya akan diteruskan pada masa akan datang.

Program ini merupakan kerjasama antara Kelab Bank Islam dan YADIM yang berjalan diseluruh negara. Antara lokasi sebelum ini ialah di Kuala Lumpur, Sabah, Melaka dan Kelantan.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *