Home » Citra Yadim » 200 set barangan keperluan harian untuk penjawat awam Presint 9, 16

200 set barangan keperluan harian untuk penjawat awam Presint 9, 16

PUTRAJAYA – Penjawat awam kawasan bandar juga turut terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang kini dikuatkuasakan, terutamanya kakitangan dalam golongan B40.

Bagi meringankan sedikit beban mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 22 Jun telah menyumbangkan barangan keperluan harian kepada 200 keluarga di Presint 9 dan Presint 16 di sini.

Program ini diadakan dengan kerjasama Koperasi Putrajaya Nasional Berhad (KOPNAS) yang membantu mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam satu majlis ringkas di sini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Timbalan Pengerusi KOPNAS, Mohd Zushaidey Zulkifli dan Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Abdul Qaiyum Aris.

Mereka yang menerima sumbangan termasuklah keluarga B40, pesakit kronik, warga emas dan lain lain golongan yang memerlukan.

Program ini adalah sebahagian pengisian Musaádah YADIM 3.0 oleh badan dakwah ini.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *