Home » Citra Yadim » Musaádah YADIM Kedah untuk warga UUM

Musaádah YADIM Kedah untuk warga UUM

SINTOK – Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan hingga 26 Jun menyebabkan ramai pelajar dan kakitangannya terkesan dengan situasi tersebut.

Cakna dengan keadaan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah beberapa rakan badan bukan kerajaan (NGO) pada 22 Jun telah menyampaikan sumbangan yang membawa manfaat kepada lebih 100 keluarga kakitangan dan para pelajar universiti berkenaan.

Antara NGO terbabit ialah An Nasr Care, Yayasan Isra’ Malaysia, Warga CAKNA, Al Azhar Care, Khidmat Malaysia Kubang Pasu, GAMIS Kedah, Othman Affan Prihatin serta Syarikat Ayam Bismi yang turut sama membantu.

Kerjasama ini antaranya telah menyumbangkan 200 ekor ayam, 95 pek makanan, 100 kilogram ikan serta susu dan lampin pakai buang.

YADIM Kedah diwakili oleh pengarahnya, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Hadir sama ialah Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Besar Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof Madya Dr Rajwani Md Zain, Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof Madya Dr Massudi Mahmudin serta Penasihat An Nasr Care, Ustaz Nasrun Othman.

Program ini juga dijayakan dengan kerjasama Rakan Siswa YADIM UUM yang juga dikuarantin di universiti ini. Program ini adalah sebahagian pengisian Musaádah YADIM 3.0

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *