Home » Citra Yadim » 200 terima sumbangan program di Kampung Layang Layangan

200 terima sumbangan program di Kampung Layang Layangan

LABUAN – Seramai 200 asnaf menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disumbangkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan pada 26 Julai di sini.

Menerusi program Cuci Cuci Masjid dan Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf Wilayah Persekutuan Labuan anjuran YADIM, seramai 20 anggota Sukarelawan Al Rahmah dari Menumbok, bergotong royong dengan penduduk membersihkan masjid Jamek Kampung Layang layangan di sini bermula seawal jam 730 pagi.

Majis yang disempuranakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ini diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan dan Masjid Jamek Kampung Layang Layangan.

Antara yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mahadi Sukarno, Pengurus MAIWP Labuan Ahmad Saifuddin Mhd Tahir dan Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

Dalam pada itu selesai merasmikan majlis, Zulkifli menyampaikan sumbangan kepda 30 asnaf yang hadir sebelum sama sama membantu membersihkan masjid sebagai simbolik perasmian.

Tuan Kamarul Arief bersama ahli jawatankuasa masjid kemudiannya berkunjung ke rumah rumah asnaf bagi menyampaikan sendiri sumbangan YADIM.

Mereka yang menerima sumbangan terdiri daripada asnaf yang terkesan  dengan musibah Covid-19, pesakit kronik serta warga emas.

Program Cuci Cuci anjuran YADIM ini menumpukan untuk membersihkan masjid dan surau terpilih seluruh negara menggunakan konsep bergotong royong bagi membantu mengimarahkan rumah ibadat berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *