Sultan Muhammad V Yang di-Pertuan Agong ke-15

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 untuk tempoh lima tahun bermula 13 Disember ini. Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama. Pemilihan tersebut dilakukan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242, yang berlangsung di Istana […]

Mukalaf yang dituntut memeluk Islam

Mukalaf ialah orang yang baligh lagi berakal yang telah sampai dakwah Islam kepadanya. Seseorang lelaki dikira baligh jika berlaku ke atasnya salah satu daripada dua perkara berikut: Keluar mani Cukup umur 15 tahun mengikut bulan Islam Bagi perempuan pula, jika terjadi ke atasnya salah satu daripada tiga perkara berikut: Keluar mani Keluar darah haid Cukup […]

China haramkan aktiviti keagamaan di sekolah wilayah Xinjiang

BEIJING,13 Okt. – China sekali lagi mendiskriminasi penduduk Islam di negaranya apabila mengharamkan semua aktiviti keagamaan di sekolah-sekolah wilayah Xinjiang. Peraturan pendidikan baharu yang dikuatkuasakan pada 1 November ini menyatakan bahawa ibu bapa atau penjaga tidak boleh memaksa kanak-kanak bawah umur daripada menghadiri aktiviti keagamaan. Selain itu, para ibu bapa juga ditegaskan supaya tidak menggalakkan […]

90 tahun tunggu haji

Tempoh giliran meningkat berikutan ramai mendaftar KUALA LUMPUR 13 Okt. – Lembaga Tabung Haji (Ta­bung Haji) memaklumkan tempoh menunggu giliran menunaikan ibadah haji di Malaysia ketika ini adalah selama 90 tahun, meningkat berban­ding 82 tahun yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana ­Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Mac lalu. Pengerusinya, Datuk Seri ­Abdul […]

80% usahawan bukan Bumiputera Perak peroleh sijil halal

IPOH – Sebanyak 80 peratus usahawan bukan Bumiputera di Perak berjaya memperoleh sijil halal yang dikeluarkan sepanjang 2016. Exco Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 746 sijil dikeluarkan meliputi pelbagai sektor termasuk makanan serta perhotelan. “Jumlah tersebut kita perolehi semasa pembentangan dalam Majlis Tindakan Negeri sebelum ini. “Selain itu, rata-rata pemegang […]

UIAM juara Debat Parlimen British Asia

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Pasukan pendebat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam pertandingan Debat Parlimen British Asia yang berlangsung di Universitas Prasetiya Mulya, Jakarta, Indonesia. UIAM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, universiti itu menghantar dua pasukan pendebat untuk menyertai pertandingan itu yang bermula 7 […]

Bantah cadangan PFP wujud kasino jika menang PRU14

GEORGE TOWN, 13 Okt. – UMNO Pulau Pinang menolak sekeras-kerasnya cadangan mana-mana pihak yang ingin mewujudkan kasino di negeri pulau mutiara itu. Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican malah menyifatkan cadangan yang dikemukakan Penang Front Party (PFP) itu sebagai satu tindakan yang dangkal dan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat tempatan. […]