Home » Langit Terbuka » 80% usahawan bukan Bumiputera Perak peroleh sijil halal

80% usahawan bukan Bumiputera Perak peroleh sijil halal

IPOH – Sebanyak 80 peratus usahawan bukan Bumiputera di Perak berjaya memperoleh sijil halal yang dikeluarkan sepanjang 2016.

Exco Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 746 sijil dikeluarkan meliputi pelbagai sektor termasuk makanan serta perhotelan.

“Jumlah tersebut kita perolehi semasa pembentangan dalam Majlis Tindakan Negeri sebelum ini.

“Selain itu, rata-rata pemegang sijil halal bukan bumiputera itu bukan hanya tertumpu pada sektor makanan tetapi turut melibatkan sektor perhotelan, perkhidmatan dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media  Majlis Pra Pelancaran Karnival Halal Malaysia 2016 di Hotel Weil, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Perak, Nazrul Izwan Ismail dan Pengurus Kanan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) Faridah Mohd Ali.

Menurutnya, punca utama kurangnya pemilikan sijil halal oleh usahawan Bumiputera adalah disebabkan tahap mentaliti dan kesedaran yang rendah.

Katanya, ada juga di kalangan usahawan Bumiputera beranggapan bahawa pemilikan sijil halal tidak penting disebabkan faktor bangsa dan agama yang dianuti.

“Mereka rasa kalau Melayu dan beragama Islam tak perlu pohon. Ini silap sebenarnya. Faktor halal bukan terletak pada agama atau bangsa semata-mata tetapi turut melibatkan ramuan, penyediaaan sesuatu makanan itu,” katanya.

Samsudin berkata, satu pusat sehenti akan diwujudkan di Perak bertujuan memudahkan mana-mana usahawan Bumiputera untuk memohon sijil halal.

“Kita sedang dalam perancangan mewujudkannya dan kita harap ia dapat dijadikan sebagai platform untuk memudahkan usahawan Bumiputera memohon sijil halal berkenaan,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *