Home » Ensiklopedia » Mukalaf yang dituntut memeluk Islam

Mukalaf yang dituntut memeluk Islam

Mukalaf ialah orang yang baligh lagi berakal yang telah sampai dakwah Islam kepadanya. Seseorang lelaki dikira baligh jika berlaku ke atasnya salah satu daripada dua perkara berikut:

  1. Keluar mani
  2. Cukup umur 15 tahun mengikut bulan Islam

Bagi perempuan pula, jika terjadi ke atasnya salah satu daripada tiga perkara berikut:

  1. Keluar mani
  2. Keluar darah haid
  3. Cukup umur 15 tahun mengikut bulan Islam

Bagi mereka yang mati sebelum baligh, tidak dikira sebagai mukalaf. Begitu juga orang yang gila sebelum baligh dan berterusan dalam keadaan tersebut (gila) sehingga dia mati. Manakala orang yang baligh tetapi tidak sampai kepadanya usul dakwah Islam (berita tentang penyaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah), juga tidak dikira sebagai mukalaf.

Firman Allah Taala:

Maksudnya: Sesiapa yang beroleh hidayah (dengan mengikut panduan al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosanya sahaja). Kami  tidak mengazab sesiapa pun sebelum kami mengutus seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

(Al-Isra’: 15)

Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya, “Tiga golongan yang diangkat qalam (tidak dikira sebagai mukalaf) ialah mereka yang tidur sehinggalah terjaga dari tidurnya, kanak-kanak sehinggalah baligh dan orang gila sehinggalah dia berakal.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

– sumber : Penerang Akidah

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *