Home » Langit Terbuka » Bantah cadangan PFP wujud kasino jika menang PRU14

Bantah cadangan PFP wujud kasino jika menang PRU14

GEORGE TOWN, 13 Okt. – UMNO Pulau Pinang menolak sekeras-kerasnya cadangan mana-mana pihak yang ingin mewujudkan kasino di negeri pulau mutiara itu.

Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican malah menyifatkan cadangan yang dikemukakan Penang Front Party (PFP) itu sebagai satu tindakan yang dangkal dan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat tempatan.

“Selagi saya menjadi Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Kepala Batas, saya akan pastikan tiada sebuah pun kasino akan wujud di atas bumi Pulau Pinang.

“Perjudian bukan budaya rakyat Malaysia, khususnya rakyat Pulau Pinang. Saya yakin dan percaya majoriti rakyat Pulau Pinang yang bukan Islam pun menolak sebarang aktiviti perjudian kerana ia adalah racun yang boleh merosakkan keluarga dan masyarakat.

“Pulau Pinang adalah negeri yang kaya dengan produk pelancongan dan Pulau Pinang tidak memerlukan kasino atau pusat-pusat perjudian untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke negeri ini,”katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada cadangan PFP yang berhasrat untuk membina kasino jika berjaya pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Dalam masa yang sama, Reezal Merican turut menegaskan bahawa UMNO tiada sebarang kaitan dengan PFP meskipun Ahli Parlimen UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilantik sebagai Penasihat.

“Saya ingin menyatakan dengan terang dan jelas bahawa UMNO tidak ada sebarang kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan PFP. Penglibatan beliau Penasihat PFP adalah atas kapasiti peribadinya sendiri dan tidak mewakili parti UMNO,” katanya.

Homepage

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *