Home » Langit Terbuka » UIAM juara Debat Parlimen British Asia

UIAM juara Debat Parlimen British Asia

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Pasukan pendebat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam pertandingan Debat Parlimen British Asia yang berlangsung di Universitas Prasetiya Mulya, Jakarta, Indonesia.

UIAM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, universiti itu menghantar dua pasukan pendebat untuk menyertai pertandingan itu yang bermula 7 Oktober lalu dan berakhir hari ini.

Pasukan pendebat yang mara ke peringkat akhir diwakili pelajar jurusan ekonomi, Mubarrat Wassey dan pelajar jurusan undang-undang, Ameera Natasha Moore dan seterusnya menjua­rai pertandingan itu.

“Mereka menerima anugerah tempat pertama dan kedua sebagai pendebat terbaik ke­seluruhan pertandingan tersebut manakala pasukan debat kedua diwakili Ahmad Syarifuddin Ahmad Fakhri dan Sara Abdul Rahim juga terpilih menerima anugerah 10 pendebat terbaik kejohanan.

“Pusingan akhir menyaksikan pertandingan empat penjuru yang mana UIAM muncul juara menentang tiga buah institusi pengajian tinggi dari Singapura iaitu Singapore Management University (SMU), Nanyang Technological University (NTU) dan Yale-NUS College (YNC),” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, pertandingan kali ini agak berlainan daripada format perdebatan ala Parlimen British kerana memperuntukkan empat pasukan menentang sesama sendiri.

Pada pusingan akhir, UIAM mempertahankan usul ‘Dewan ini lebih cenderung dengan berpendapat setelah membuat perhitungan yang wajar, setiap individu akan mampu meramal hasil daripada apa yang mereka pilih’.

“Dengan kemenangan ini, pasukan debat UIAM telah mencipta hatrik apabila memenangi beberapa pertandingan debat yang besar seperti Australasian Intervarsity Debating (Australs) pada Julai dan United Asian Debating (UADC) pada Jun lepas.

“UIAM telah mencipta sejarah dengan memenangi tiga kejohanan besar dunia pada pertandingan debat dalam tahun yang sama sekali gus me­nyapu bersih tiga kejohanan serantau terbesar,” jelas kenya­taan itu lagi.

https://www.utusan.com.my/

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *