Home » Langit Terbuka » Tragedi tahfiz: Dua remaja mengaku tidak bersalah membunuh

Tragedi tahfiz: Dua remaja mengaku tidak bersalah membunuh

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang terbakar September tahun lalu mengakibatkan 23 penghuninya meninggal dunia..

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Dua remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, September tahun lalu.

Dua remaja itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua 23 pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Mengikut pertuduhan, mereka yang kini berusia 17 tahun itu didakwa bersama-sama membunuh 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz berkenaan di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara pukul 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September tahun lalu.

Kedua-dua remaja itu masing-masing menghadapi 23 pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 14 September tahun lalu, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *