Home » Langit Terbuka » Bank Islam naikkan kadar asas kepada 3.90 peratus

Bank Islam naikkan kadar asas kepada 3.90 peratus

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyemak semula Kadar Asasnya daripada 3.65 peratus kepada 3.90 peratus dan Kadar Pembiayaan Asas daripada 6.60 peratus kepada 6.85 peratus, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata semakan semula kadar itu adalah disebabkan oleh kenaikan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus oleh Bank Negara Malaysia.

“Semakan semula terakhir Kadar Asas BIMB adalah pada 27 Julai, 2016, apabila ia disemak semula daripada 3.90 peratus kepada 3.65 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BIMB ditubuhkan pada 1983 sebagai bank Islam pertama negara dan setakat ini memiliki rangkaian147 cawangan dan lebih 1200 terminal layan diri di seluruh negara.-BERNAMA

Artikel Berkaitan

Ceramah Ihya Ramadan YADIM Pulau Pinang

BERTUJUAN Meningkatkan Kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan ibadah dalam bulan Ramadan, YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala

Kunjung hormat SAY Pekan ke YADIM Pahang

PEJABAT YADIM Negeri Pahang telah dikunjungi oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Pekan pada 14 Februari. Rombongan seramai sembilan orang ini yang diketuai oleh

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *