Home » Langit Terbuka » Saya kagumi pelarian Syria: Angelina Jolie

Saya kagumi pelarian Syria: Angelina Jolie

Jolie dikerumuni kanak-kanak Syria ketika sidang media di kem Zaatari di Jordan, kelmarin.

 

AMMAN 30 Jan. – Bintang terkenal Hollywood, Angelina Jolie meluangkan masa bertemu dengan pelarian Syria di kem Zaatari di Jordan, kelmarin.

Duta Khas Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian yang mengikuti program komuniti PBB itu dalam satu kenyataan menggesa penyelesaian politik kepada perang saudara di Syria selepas beliau melihat bantuan kemanusiaan bukan penyelesaian jangka panjang.

“Saya mengagumi pelarian. Anda semua sangat tabah, saya sangat berbangga dengan anda.

“Apa yang penting adalah mereka terus mendapat penjagaan kesihatan diperlukan dan program pendidikan dan tidak dipaksa pulang walaupun negara tuan rumah berdepan tekanan masyarakat antarabangsa untuk memastikan mereka kembali ke tanah air,” katanya.

Aktres yang pernah membintangi filem Maleficent itu dilihat terhibur melayani karenah kanak-kanak pelarian Syria di kem terletak di kawasan gurun. – AP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *