Home » Langit Terbuka » Lima NGO Malaysia hantar memorandum kepada PBB

Lima NGO Malaysia hantar memorandum kepada PBB

Para anggota Badan Bukan Kerajaan (NGO) diketuai Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia, Amir Amsaa Alla Pitchay (empat, kanan) membawa kain rentang yang memaparkan kekejaman terhadap rakyat Syria sebelum menyerahkan memorandum bantahan di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia hari ini. -- foto BERNAMA (

PUTRAJAYA – Lima pertubuhan  bukan kerajaan (NGO) Malaysia hari ini menghantar memorandum kepada pejabat  Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia di sini bagi menuntut badan dunia itu menghentikan pembunuhan orang awam di timur Ghouta, Syria.

Jurucakap kumpulan itu, Amir Amsaa Alla Pitchay, berkata mereka menuntut PBB melakukan campur  tangan dan menghentikan perbuatan tersebut demi kepentingan orang awam yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak dan wanita.

“Tindakan seperti itu amat kejam,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan.

Lima NGO terlibat ialah Ikatan  Rakyat Insan Muslim Malaysia, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil, Persatuan Kebajikan Majlis Madrasah Muslim Malaysia dan Muslim Active Members.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dilapor menyifatkan keadaan di Syria sebagai ‘neraka dunia’ bagi orang awam di sana.

Bulan lalu, Israel melancarkan serangan di negara dilanda perang itu dengan mendakwa mereka menyasarkan kehadiran Iran di Syria.

Ia merupakan konfrontasi paling serius antara Iran dan Israel sejak tercetusnya  perang Syria pada 2011 dan berlaku ketika memuncaknya serangan kerajaan Syria di wilayah Ghouta dan Idlib, yang dikuasai pemberontak. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *