Isu tanda salib, ini pesan Mufti Pulau Pinang…

GEORGETOWN – Isu paparan lambang salib di bangunan Grace Residencs, Jelutong perlu ditangani dengan bijaksana dan mengikut saluran undang-undang sedia ada. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perkara itu perlu diselidik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan. Menurutnya, pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada perkara itu dibuat dengan sengaja […]

Boleh ceramah selagi tidak ganggu keharmonian kaum dan agama

PUTRAJAYA – Mana-mana penceramah tempatan atau antarabangsa dibenarkan berceramah selagi mereka mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata setiap penceramah perlu mematuhi garis panduan tertentu termasuk mendapatkan penganjur; memohon permit ceramah; […]

YDP YADIM terima kunjungan Datuk Dr Ismail Ibrahim

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Y.Bhg Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz hari ini (11 Januari) menerima kunjungan seorang tokoh dalam pelbagai bidang yang tidak asing lagi di negara ini, iaitu Datuk Dr Ismail Ibrahim. Nik Omar menyambut ketibaan Ismail pada jam 10 pagi sebelum keduanya meluangkan masa selama sejam untuk […]

Tingkatkan syiar Islam

KANGAR – Agama Islam yang syumul dan menyeluruh bukan sahaja membimbing manusia kepada kesejahteraan bahkan memimpin manusia memperoleh kejayaan dalam kehidupan. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hal demikian perlu diterapkan oleh seluruh umat Islam bagi memperolehi kesejahteraan dunia dan akhirat. “Selain itu, penyatuan masyarakat Islam di Perlis dan di Wilayah Andaman, […]

RON 95,97 turun 1 sen, Diesel naik

KUALA LUMPUR – Harga petrol RON 97 dan RON 95 turun 1 sen seliter dengan masing-masing menjadi RM2.22 dan RM1.92 sen bermula tengah malam ini sehingga 18 Januari. Sementara itu, bagi harga diesel pula naik 1 sen seliter daripada RM2.04 seliter kepada RM2.05 seliter. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, harga runcit produk petroleum akan […]

Wakil rakyat kena ikut ajaran Islam permudah urusan rakyat

NAMA Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Berusia 55 tahun, Chee Heng cukup terkenal dengan kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan sejak sekian lama. Lelaki yang berasal dari Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor ini pernah bertugas sebagai anggota polis selama enam tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya dan menceburi […]

Mohd Chan dedah rahsia tak pernah tanggal kopiah lebih 10 tahun

LEBIH sedekad restoran Cina Muslim terkenal iaitu Restoran Mohd Chan beroperasi yang asalnya ialah sebuah kedai kecil di Bukit Beruntung, Selangor. Kini dengan 18 cawangan di Lembah Klang, perniagaan restoran halal yang diasaskan oleh Datuk Mohd Chan Abdullah menarik kunjungan ramai pelanggan termasuk bukan Muslim. Begitulah kejayaan hasil titik peluh Mohd Chan, 65, selepas memeluk […]

YADIM terbit direktori NGO Islam

PUTRAJAYA – Sesuai dengan peranannya sebagai penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) Islam di peringkat persekutuan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Direktori NGO NGO Islam. Buku kecil tersebut diterbitkan Bahagian Pengurusan dan Pembangunan NGO YADIM dengan kerjasama Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr […]

UIA tidak perlu ikut model Oxford, kata ahli akademik

PETALING JAYA – Seorang profesor sosiologi menggesa bakal presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) supaya menilai semula idea mahu menjadikan universiti itu sebuah Oxford bagi negara umat Islam. Syed Farid Alatas, warga Malaysia yang kini berkhidmat di Universiti Nasional Singapura berkata, beliau percaya institusi tempatan perlu mengetepikan idea mahu mencontohi institusi yang diiktiraf di peringkat […]

Tidak patut jadi isu

KUALA LUMPUR – Siasatan pihak polis terhadap tiga individu yang didakwa menghina Sultan Muhammad V mengikut Akta Hasutan 1948 tidak sepatutnya dijadikan isu oleh mana-mana pihak. Dalam hal tersebut, semua pihak kena jelas bahawa siasatan terhadap tiga individu ter­babit kerana kenyataan terbuka mereka mempertikai dan menghina kedudukan Sultan Muhammad V sebagai ketua kerajaan dan ketua […]