Home » Citra Yadim » YDP YADIM terima kunjungan Datuk Dr Ismail Ibrahim

YDP YADIM terima kunjungan Datuk Dr Ismail Ibrahim

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Y.Bhg Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz hari ini (11 Januari) menerima kunjungan seorang tokoh dalam pelbagai bidang yang tidak asing lagi di negara ini, iaitu Datuk Dr Ismail Ibrahim.

Nik Omar menyambut ketibaan Ismail pada jam 10 pagi sebelum keduanya meluangkan masa selama sejam untuk mengadakan perbincangan meliputi pelbagai topik termasuk peluang YADIM mempelbagaikan tugas dakwah.

Difahamkan, Ismail sudah menyiapkan skrip kerja berhubung Gagasan Rahmatan Lil Alamin yang kini giat mahu diterapkan kepada umum oleh kerajaan.

Ini sekaligus memberi peluang dan nilai tambah kepada YADIM untuk melaksanakan tugas dakwahnya.

Ismail sudah terlibat dengan tugas bersama  badan dakwah ini sejak tahun 70 an lagi, malah pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM. Justeru, beliau disifatkan cukup sesuai untuk membantu organisasi ini melaksanakan gerak kerjanya.

Beliau yang kini merupakan Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), merupakan mantan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi.

Sebelum ini, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, selain sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP), Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Harta Suci Sdn. Bhd (Anak Syarikat (MAIWP), Pengerusi Jawatankuasa Agihan Baitul Mal Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Audit Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *