Home » Citra Yadim » YADIM terbit direktori NGO Islam

YADIM terbit direktori NGO Islam

PUTRAJAYA – Sesuai dengan peranannya sebagai penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) Islam di peringkat persekutuan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Direktori NGO NGO Islam.

Buku kecil tersebut diterbitkan Bahagian Pengurusan dan Pembangunan NGO YADIM dengan kerjasama Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dalam ucapan ringkasnya sempena penerbitan buku itu berkata, sejak penubuhannya pada 2005, MAIM telah banyak membantu mengetengahkan isu isu utama kepada masyarakat.

MAIM yang dikelolakan oleh YADIM  menurut beliau, memainkan peranan sebagai platform gabungan dalam mewujudkan kolaborasi dan sinergi antara NGO Islam di Malaysia.

Sehubungan dengan itu katanya, penerbitan buku direktori ini diharap dapat membantu masyarakat serta NGO memperolehi maklumat dan membina rangkaian yang lebih luas.

Terdapat kira kira 100 profail NGO di dalam direktori terbabit, yang menyertakan nama, alamat, nombor telefon, faks, emel, laman web, tarikh penubuhan serta pimpinan terkini.

Turut disertakan ialah direktori Sukarelawan Al Falah seluruh Malaysia yang mencatatkan alamat, nombor telefon, emel, serta maklumat ketua pasukan.

Buat masa ini, sebanyak 1,000 naskhah buku ini telah dicetak dan telah mula diedarkan. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini, boleh menghubungi sekretariat Bahagian Pengurusan dan Pembangunan NGO YADIM di talian 03-88703870

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *